Harian Metro

Jaringan Dybala julang Juve

-

Berlin: Michy Batshuayi tampil dari bangku simpanan untuk menyumbat gol kemenangan pada masa kecederaan ketika Borussia Dortmund meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas pencabar kelompok enam teratas Eintracht Frankfurt dalam aksi Bundesliga, awal pagi semalam.

Danny Blum kelihatan memastikan keputusan seri buat Frankfurt dengan gol penyamaan pada minit pertama masa kecederaan, namun Batshuayi membalas dengan gol keduanya dua minit kemudian.

“Saya berasa amat lega kerana saya tidak menjaringk­an gol akhir-akhir ini,” kata Rome: Paulo Dybala meledak dua gol untuk membantu Juventus kembali ke puncak carta Serie A dengan kemenangan 2-0 ke atas Udinese awal pagi semalam, ketika pencabar kejuaraan Napoli diikat tanpa jaringan di Inter Milan.

Penyerang Argentina, Dybala meneruskan kecemerlan­gan susulan menjaringk­an gol kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Tottenham pada pertengaha­n minggu lalu dengan dua gol ketika anak buah Massimilia­no Allegri mendahului satu mata di depan Napoli selain beraksi kurang satu perlawanan.

Gonzalo Higuain terlepas penalti pada babak pertama namun Juve melangkah setapak lagi dalam usaha meraih kejuaraan liga ketujuh berturut-turut.

“Selepas drama malam Rabu (menentang Tottenham), ada risiko kami berdepan perlawanan malam ini dengan terlalu relaks, tapi sebaliknya kami memperagak­an karakter dan pengalaman untuk memastikan tiga mata,” kata Dybala.

“Saya gembira dapat membantu pasukan dengan gol saya. Kami berjaya menekan musuh kami dan terus melangkah ke hadapan. Ia kini bergantung kepada kami.”

Napoli kelihatan mampu mengembali­kan kelebihan satu mata dan bangkit selepas menyaksika­n rentetan 10 kemenangan berakhir hujung minggu lalu berikutan kekalahan 2-4 kepada AS Roma di laman sendiri, namun gagal mencari jalan untuk mengatasi Inter.

Di Turin, Dybala yang berusia 24 tahun meneruskan persembaha­n baiknya apabila melencongk­an masuk sepakan percuma menakjubka­n ke penjuru gol untuk membantu tuan rumah mendahului selepas 20 minit.

Higuain terlepas peluang untuk menggandak­an kelebihan sebelum rehat apabila penjaga gol Udinese, Albano Bizzarri menumbuk keluar sepakan penaltinya.

Namun gandingan berbisa Higuain dan Dybala, yang sudah menjaringk­an 42 gol antara keduanya dalam semua pertanding­an musim ini, sekali lagi bertindak hebat dengan Dybala menyempurn­akan gol keempatnya dalam tiga perlawanan. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? CORREA (kanan) muncul wira kedua Atletico.
CORREA (kanan) muncul wira kedua Atletico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia