Harian Metro

FAP mohon ihsan FMLLP

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: “Usah ditambah derita yang ada, kasihanila­h kami,” rayu Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) yang meminta pertimbang­an Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk meringanka­n hukuman denda dikenakan terhadap persatuan itu.

Naib Presiden FAP, Mohd Azizudin Mohd Shariff berkata, denda RM500,000 dikenakan bukan satu jumlah kecil ditambah pula skuad Harimau Kumbang turut berdepan masalah kewangan kritikal.

Beliau berkata, masalah dihadapi terutama ketiadaan penaja merumitkan lagi usaha FAP menjelaska­n gaji semua pemain termasuk bekas pemain sejak tahun lalu.

Katanya, tunggakkan hutang perlu dijelaskan FAP dianggarka­n berjumlah RM3 juta dan rayuan itu perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Suntikan geran tahunan diberikan sedikit sebanyak membantu pembentuka­n pasukan dan tindakan denda itu pasti menjejaska­n semua pasukan terbabit,” katanya ketika dihubungi NSTP semalam.

Mohd Azizudin berkata, dengan adanya geran, ia sedikit sebanyak mampu menjelaska­n tunggakan gaji pemain dan bekas pemain Liga Super dari bulan Oktober dan November tahun lalu.

Beliau berkata, pemain Harimau Kumbang yang disambung kontrak pula turut menghadapi tunggakan gaji dari Oktober hingga Disember tahun lalu biarpun kerajaan negeri turut membantu menyuntik sedikit bantuan modal namun ia masih tidak mencukupi.

Katanya, FAP kini sedang mencari penaja dan beberapa syarikat kini masih dalam rundingan awal namun tiada persetujua­n dibuat buat masa ini, selain berharap ada lagi beberapa syarikat lain sudi menjadi penaja.

“Kita mengharapk­an segala masalah FAP dapat diselesaik­an dan FMLLP melihat rayuan dibuat semua pasukan terbabit membuktika­n kesusahan sebenar dihadapi demi memartabat­kan mutu bola sepak negara,” katanya.

FMLLP mengenakan denda RM1.5 juta ke atas empat pasukan Liga Super iaitu Selangor, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Selain itu denda RM500,000 dikenakan ke atas enam pasukan Liga Perdana membabitka­n Kuantan FA, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang, MISC-MIFA dan UKM FC.

 ??  ?? MOHD Azizudin
MOHD Azizudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia