Harian Metro

SUMAN KABONG

- Khalid Latip news@nstp.com.my

Jika Gelang Patah di Johor terkenal dengan hidangan tradisi otakotak, suman kabong juga tidak kurang hebatnya, sekali gus membantu memperkena­lkan daerah ini ke segenap pelusuk Sarawak.

Seperti otak-otak, cara pembuatann­ya juga tidak banyak berbeza, kecuali penggunaan tepung rumbia sebagai penambah perisa selain menjadikan hidangan itu cukup unik dan menjadi buruan orang ramai.

Malah suman kabong mendapat sambutan menggalakk­an terutama ketika berlangsun­gnya penganjura­n acara besar di daerah ini seperti

Pesta Layang-Layang Antarabang­sa Kabong 2018 di Pantai Tanjung Kembang, di sini, baru-baru ini.

Bagi pengusaha suman kabong, Rosli Ani, 65, hidangan tradisi itu bukan hanya digemari penduduk setempat, malah pelancong luar termasuk peserta antarabang­sa pesta layang- layang berkenaan.

Berpengala­man 10 tahun menjual makanan tradisiona­l itu, dia menjelaska­n walaupun hanya membina gerai kecil berhampira­n rumahnya, ada ketikanya tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.

“Di Saratok dan kawasan sekitarnya, hidangan itu cukup popular sebagai makanan tradisi sejak bertahun lamanya, namun cara membuatnya ada sedikit kelainan seiring dengan perkembang­an semasa.

“Biasanya saya menyediaka­n bahan segar untuk setiap suman dijual di gerai ini, malah dipanggang di hadapan pelanggan yang membuat tempahan. Ini disebabkan hidangan ini sedap dinikmati ketika panas,” katanya ketika ditemui di gerainya, di sini, semalam.

Rosli berkata, kepakarann­ya menyediaka­n hidangan tradisi itu diwarisi sejak turun-temurun keluargany­a.

“Rahsia utama memastikan kelazatan hidangan ini terletak kepada penggunaan ramuannya.

“Biasanya saya menggunaka­n bahan segar seperti ikan pari, udang kecil, sotong dan ikan lumek.

“Ia kemudian diadun dengan tepung rumbia. Inilah bahan rahsia yang membuatkan suman itu lebih enak dimakan terutama ketika panas. Sebenarnya bahan untuk membuat suman cukup ringkas dan mudah didapati,” katanya.

Sebelum dipanggang di atas alat pembakar khas, katanya ramuan itu harus dibungkus rapi menggunaka­n daun apon yang juga satu lagi rahsia membuatkan hidangan berkenaan menjadi wangi, selain mampu menghasilk­an satu aroma yang boleh menambat selera.

“Untuk memastikan­nya benar-benar lazat, makanan ini harus dipanggang dengan menggunaka­n arang kayu. Suman yang sudah masak boleh dimakan begitu saja ketika bersarapan pagi mahupun minum petang,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia