Harian Metro

Resah berakhir

 Ular cincin kuning kerap dilihat di kawasan sekolah ditangkap

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

FAKTA Ular cincin kuning berukuran panjang 1.5 meter dengan berat satu kilogram

Keresahan guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Berungis, di sini, sejak dua minggu lalu berakhir selepas seekor ular cincin kuning yang kerap dilihat di kawasan sekolah itu berjaya ditangkap, semalam.

Reptilia berbisa itu disedari beberapa murid pada jam 8.50 pagi, sebelum memaklumka­nnya kepada guru.

Difahamkan, ular terbabit sebelum ini pernah dilihat di bumbung surau, kelas dan tandas murid selain menjalar di pokok bersebelah­an surau.

Guru SK Berungis, Jaidi Aslie berkata, segelintir murid dan guru kerap melihat kejadian sama sehingga menjadi takut dan perlu sentiasa berwaspada.

“Dalam kejadian terbaru pagi tadi (semalam), murid ternampak ular berkenaan melingkari dahan pokok sebelum saya menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatka­n bantuan,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.

Menurutnya, selepas ular itu berjaya ditangkap, ia sekali gus melegakan warga sekolah kerana kawasan di bawah pokok berhampira­n surau terbabit kerap menjadi tempat rehat murid.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan, empat anggota diketuai Ketua Skuad, Asmah Sapai bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak APM mendapati ular cincin kuning berukuran panjang 1.5 meter dengan berat satu kilogram itu berada di dahan pokok bersebelah­an bumbung surau.

“Anggota APM segera menangkap reptilia itu menggunaka­n peralatan khas menangkap ular, manakala operasi selesai sepenuhnya jam 9.28 pagi,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap seekor ular cincin kuning yang kerap dilihat di kawasan SK Berungis, Tuaran.
ANGGOTA APM menangkap seekor ular cincin kuning yang kerap dilihat di kawasan SK Berungis, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia