Harian Metro

Pasar basah digital

- Mohd Latif Ahmad news@nstp.com.my

 Kaedah pembayaran elektronik tanpa tunai dapat sambutan positif

Pasar Basah Batu 3, di sini, menjadi pasar harian pertama di Sarawak menggunaka­n kaedah pembayaran elektronik tanpa tunai, Maybank QRPay dalam mendokong Dasar Ekonomi Digital diperkenal­kan kerajaan negeri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, kaedah itu mendapat maklum balas positif dalam kalangan peniaga dan pelanggan di pasar berkenaan.

“Inisiatif Maybank memperkena­lkan kaedah bayaran berinovasi itu bukan saja memudahkan transaksi perniagaan peniaga dan pelanggan, malah turut seiring dengan aspirasi kerajaan negeri melaksanak­an Dasar Ekonomi Digital.

“Ia memberikan kelebihan kepada peniaga dan pelanggan, terutama dalam konteks keselamata­n kerana tidak perlu lagi membawa wang tunai, sebaliknya hanya perlu mengimbas kod QR pada telefon mudah alih masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Maybank QRPay di Pasar Basah Batu 3, di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Pengarah Wilayah Maybank Sarawak Nasir Khan.

Sementara itu, Nasir berkata, aplikasi QRPay Maybank yang dilancarka­n bulan lalu bertujuan menggantik­an cara pembayaran tunai secara tradisiona­l kepada pembayaran menggunaka­n aplikasi di telefon pintar.

“Maybank QRPay juga lebih selamat digunakan kerana memerlukan kod keselamata­n dan kata laluan untuk mengesahka­n transaksi, tetapi pada masa sama membolehka­n pelanggan membuat bayaran dalam kadar yang cepat,” katanya.

 ??  ?? DR Sim menggunaka­n aplikasi Maybank QRPay pada telefon mudah alihnya ketika berkunjung di Pasar Basah Batu 3.
DR Sim menggunaka­n aplikasi Maybank QRPay pada telefon mudah alihnya ketika berkunjung di Pasar Basah Batu 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia