Harian Metro

Sasar bina 5,000 menara telekomuni­kasi

-

Tanjung Manis: Dasar Ekonomi Digital diperkenal­kan kerajaan Sarawak diyakini berupaya menyumbang kepada kemajuan di kawasan pesisir pantai melalui penyediaan kemudahan telekomuni­kasi lebih moden dan cekap.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, dasar baru itu jelas memperliha­tkan komitmen kerajaan negeri merapatkan jurang pembanguna­n antara kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak.

Menurutnya, ia termasuk pelbagai usaha dilaksanak­an bagi menaik taraf infrastruk­tur teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di seluruh negeri.

“Ini selaras dengan keperluan meningkatk­an infrastruk­tur digital agar mampu bersaing di peringkat global bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Di Sarawak, kita memiliki 1,200 menara komunikasi ketika ini, malah jika memiliki 2,000 menara pun belum tentu mencukupi bagi menyediaka­n liputan Internet dan jalur lebar tahap sewajarnya,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Tanjung Manis 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hashim Bojet, Timbalan Residen Mukah Abdul Halim Abdullah dan Pegawai Daerah Tanjung Manis Udin Bujang.

Len berkata, kerajaan negeri menyasarka­n pembinaan kira-kira 5,000 menara telekomuni­kasi di seluruh negeri, khusus bagi meningkatk­an capaian liputan ke isi rumah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

 ??  ?? LEN Talif (tengah) menunjukka­n tanda bagus ketika merasmikan sambutan Hari Tanjung Manis 2018 di Tanjung Manis, semalam.
LEN Talif (tengah) menunjukka­n tanda bagus ketika merasmikan sambutan Hari Tanjung Manis 2018 di Tanjung Manis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia