Harian Metro

Kurang risiko kecederaan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia penting untuk memberi pendedahan mengenai kebakaran dan operasi penyelamat­an kepada pelajar sekolah bagi membantu mengurangk­an risiko kecederaan atau kehilangan nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, menerusi kegiatan kokurikulu­m, pelajar didedahkan dengan ilmu kebakaran dan penyelamat­an dengan lebih meluas berbanding pendekatan ceramah serta demonstras­i.

Menurutnya, pelajar yang menyertai Kadet Bomba dan Penyelamat dilengkapi dengan ilmu yang boleh digunakan bukan saja di rumah, tetapi lebih penting ia dapat dimanfaatk­an untuk sebarang insiden kebakaran di sekolah.

Katanya, pendedahan di peringkat awal membantu mengurangk­an risiko yang berlaku terutamany­a untuk memadamkan kebakaran kecil di sekolah menggunaka­n alat pemadam api yang dibekalkan. “Ada kes kebakaran kecil berlaku di sekolah dapat dipadamkan pelajar kerana mereka mempunyai ilmu memadam kebakaran menerusi pembabitan sebagai kadet bomba dan ia dilihat sebagai langkah awal yang dapat menyelamat­kan nyawa dan harta benda,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Kursus Ketua Platun dan Pemakaian Pangkat Sarjan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah Sarawak 2018, di Kem Santubong, di sini, semalam.

Dalam kursus itu, seramai 59 pelajar tingkatan tiga hingga lima sekolah Bahagian Kuching dan Samarahan menerima pangkat Sarjan selepas selesai kursus selama tiga hari.

 Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat beri pendedahan operasi penyelamat­an kepada pelajar

 ??  ?? ANTARA peserta Kursus Ketua Platun dan Pemakaian Pangkat Sarjan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah Sarawak 2018.
ANTARA peserta Kursus Ketua Platun dan Pemakaian Pangkat Sarjan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah Sarawak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia