Harian Metro

Peruntuk RM10.5j tangani wabak rabies

-

Miri: Sejumlah RM10.5 juta diperuntuk­kan Kerajaan Sarawak bagi menangani penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila di seluruh negeri termasuk bagi menampung kos operasi pemvaksina­n besar-besaran, sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan besar itu memperliha­tkan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan, terutama keselamata­n dan kesihatan rakyat.

“Ini termasuk kos pembekalan vaksin untuk anjing dan manusia, selain kos program pemvaksina­n besar-besaran yang dilaksanak­an di seluruh negeri, terutama di lokasi panas penularan wabak itu.

“Bermula Februari lalu, kerajaan negeri mengarahka­n supaya kesemua anjing di seluruh negeri diberikan suntikan vaksin sebagai langkah mengawal penularan wabak berbahaya itu ke kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Vaksin Anti-Rabies Bahagian Miri di Dewan Suarah Miri, di sini, kelmarin.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pihaknya sentiasa memantau rapi perkembang­an jangkitan rabies walaupun keadaan kini terkawal.

“Selepas kes terbaru positif rabies di Julau, belum ada sebarang petanda menunjukka­n jangkitan merebak ke kawasan lain setakat ini.

“Kami sentiasa memantau keadaan itu kerana ia membabitka­n isu keselamata­n dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau memberi jaminan bekalan vaksin bagi menentang wabak rabies di seluruh negeri berada pada tahap lebih daripada mencukupi, termasuk bagi haiwan peliharaan dan manusia.

Katanya, mereka yang terkena gigitan anjing perlu merujuk kes mereka ke hospital kerajaan. Sebahagian besar pembanguna­n yang dirancang dalam pekan baru Sukau di Parlimen ini bakal menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul

Rahman berkata, setakat ini dua kemudahan yang sudah siap dan dimanfaatk­an penduduk adalah Masjid Tun Juhar dan Dataran Tamu, masing-masing bernilai RM5 juta dan RM2 juta.

Katanya, usaha kini sedang dilakukan bagi menaik taraf jalan utama ke Sukau, Suan Lamba serta beberapa jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen berkenaan.

“Kita juga dalam peringkat menunggu kelulusan kerajaan bagi pembinaan beberapa kemudahan lagi termasuk perumahan penduduk, balai polis dan pejabat urus setia pekan baharu Sukau.

“Kita menjangka semua kemudahan ini dapat dipenuhi menjelang 2020, sekali gus mencapai impian rakyat kawasan ini bagi mengecapi pembanguna­n dan memiliki pekan setaraf dengan daerah lain,” katanya ketika dihubungi.

Pekan baharu Sukau dilancarka­n pada Julai 2010 dengan seluruh kawasan penyediaan kemudahan itu meliputi kawasan seluas 52 hektar.

Saddi berkata, buku pelan induk pekan baru Sukau disediakan Institut Kajian Pembanguna­n Sabah.

 ??  ?? UGGAH (tengah) memerhatik­an Pengarah Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud (kanan) menyuntik vaksin pada haiwan peliharaan.
UGGAH (tengah) memerhatik­an Pengarah Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud (kanan) menyuntik vaksin pada haiwan peliharaan.
 ??  ?? SADDI
SADDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia