Harian Metro

Pukul kepala kerana hon

-

Mangsa tidak sengaja membunyika­n hon motosikal dan pemandu kereta berkenaan ‘naik angin’ lalu mengejar penunggang motosikal”

Sumber

Kuala Lumpur: Hanya kerana membunyika­n hon, seorang pekerja syarikat penghantar­an ‘diserang’ pemandu kereta yang bertindak memukul kepalanya.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi pada 5 Mac lalu, mangsa lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja membunyika­n hon selepas kereta dipandu lelaki berkenaan membrek secara mengejut ketika melalui Jalan Loke Yew.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang di Sungai Besi, di sini.

“Ketika berada di depan sebuah hotel, tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki memberhent­ikan kenderaann­ya secara mengejut.

“Disebabkan terkejut, mangsa secara tidak sengaja membunyika­n hon motosikal dan pemandu kereta berkenaan ‘naik angin’ lalu mengejar penunggang motosikal itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, pemandu kereta mengejar mangsa dan terus menghalang laluannya berhampira­n sebuah restoran.

“Pemandu itu keluar dari kereta dan meluru ke arah mangsa lalu memukul kepalanya sebanyak dua kali dengan tangan.

“Pada mulanya mangsa cuba melawan untuk mempertaha­nkan diri, namun dinasihatk­an orang awam supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, selepas kejadian dan mahu pihak berkuasa melakukan siasatan kerana dia mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia