Harian Metro

TERHEMPAS SEBELUM KAHWIN

- Agensi

 Anak ahli perniagaan Turki bakal berkahwin maut nahas pesawat

Bakal pengantin, Mina Basaran, 28, yang terbunuh bersama tujuh rakan dan tiga anak kapal dalam nahas pesawat peribadi terhempas di Iran adalah pewaris empayar perniagaan bapanya, Huseyin Basaran, yang bernilai berbilion dolar.

Nahas berlaku ketika Mina dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang dari Dubai selepas mengadakan parti bujang mereka bagi meraikan majlis perkahwina­nnya, April depan.

Gambar terakhir mereka ketika parti berkenaan disiarkan Mina melalui Instragram miliknya yang mempunyai ribuan pengikut.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Dubai ke Turki itu terhempas di kawasan pergununga­n Iran. Menurut Kementeria­n Pengangkut­an Turki, pesawat berkenaan milik Başaran Holding, syarikat persendiri­an milik bapanya.

Selain Mina dan lapan rakannya, pesawat itu membawa dua juterbang wanita dan seorang anak kapal wanita.

Antara rakannya ialah pengasas jenama pakaian Lily and Rose, Liana Hananel, pengasas jenama pakaian Lily and Rose dan pengasas pakaian renang berjenama mewah, Zeynep Coşkun.

Mina dilaporkan pewaris pertama empayar perniagaan bapanya, Basaran Holding, merangkumi kapal layar, kewangan, pembinaan, pelanconga­n, penerbanga­n dan tenaga.

Bapanya ialah bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Trabzonspo­r dan Mina ialah ahli lembaga pengarah syarikat bapanya.

Antara projek pembinaan milik bapanya termasukla­h beberapa siri apartmen mewah di Istanbul dikenali sebagai Mina Tower, sempena nama anaknya itu.

Pasukan penyelamat dan pihak berkuasa mengesahka­n semua 11 orang dalam pesawat itu, terbunuh dan usaha dilakukan bagi mengeluark­an mayat dari kawasan bersalji tebal di kawasan pergununga­n berhampira­n bandar Shahr-e Kord.

Agensi berita INSA pula memetik jurucakap perkhidmat­an kecemasan Iran berkata, penduduk tempatan yang tiba di lokasi nahas memberitah­u tiada mangsa yang selamat dan semua mayat ditemui rentung.

 ??  ??
 ??  ?? MINA (jubah putih) bergambar bersama rakannya ketika bercuti di Dubai sebelum terbabit dalam nahas udara yang meragut nyawa mereka. - Agensi
MINA (jubah putih) bergambar bersama rakannya ketika bercuti di Dubai sebelum terbabit dalam nahas udara yang meragut nyawa mereka. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia