Harian Metro

Fitnah siber akhir zaman

Umat Islam perlu teliti sesuatu maklumat sebelum percaya

-

Sensitivit­i terhadap pantang larang dalam agama sudah semakin hilang. Dunia siber kini terutamany­a penuh dengan penyebaran berita fitnah dan palsu.

Gejala itu mudah dilakukan tanpa difikirkan dulu kesahihann­ya.

Kita perlu ingat, menganggap sesuatu perbuatan dosa itu sebagai hal remehtemeh, maka amal ibadat dan kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat,

ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarann­ya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainy­a) sehingga menyebabka­n kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Apa saja kaedah penyebaran berita atau cara menabur fitnah, hukumnya haram di sisi Allah SWT.

Dalam dunia hari ini, pelbagai maklumat palsu boleh sebarkan melalui pelbagai saluran.

Firman Allah SWT lain yang bermaksud: “Ingatlah pada waktu kamu menerima berita bohong itu daripada mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggap­nya suatu yang ringan, pada hal pada sisi Allah ia adalah besar.” (Surah an-Nur, ayat 15)

Demikian seriusnya tegahan Allah SWT terhadap perbuatan menyebarka­n berita bohong dan memfitnah.

Rasulullah SAW menasihatk­an dengan sabdanya yang bermaksud: “Janganlah dekati fitnah jika sedang membara dan janganlah menghadapi­nya apabila sedang timbul. Bersabarla­h apabila fitnah datang menimpa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Sehubungan itu, janganlah kita menjadi sebahagian individu yang ringan jari menyebarka­n fitnah sehinggaka­n tidak dapat lagi membezakan perkara halal dan haram.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa), tetapi pandanglah kepada siapa

yang kamu menderhaka­i (Allah).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa, Dr Mohd Farid Ravi pernah mengulas isu itu dengan menyifatka­n penyebaran berita palsu bukan saja boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam masyarakat, malah memberi pelbagai kesan buruk terhadap keadaan politik, ekonomi, sosial dan budaya negara.

Beliau berkata, kebanyakan berita disebarkan tidak boleh ditarik balik dan hukumnya haram kerana perkara yang disebarkan itu membawa bencana kepada pihak tertentu.

“Malah, penyebaran berita itu jika ia benar sekalipun tetapi boleh menyebabka­n keaiban kepada orang lain. Lebih baik untuk tidak disebarkan.” Dalam Surah An-Nahl,

ayat 105, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya mengadaada­kan kebohongan hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang pendusta.”

Pada zaman sahabat Nabi, mereka hidup dengan penuh waspada kerana sangat bimbang diri terjebak dalam perbuatan dimurkai Allah. Tahap kewaspadaa­n mereka sangat tinggi. Ada dalam kalangan sahabat Baginda SAW berkata: “Sesungguhn­ya kamu benar-benar melakukan perbuatan-perbuatan yang di mata kamu yang lebih nipis daripada rambut, tetapi kami pada zaman pewahyuan dulu (zaman Rasulullah SAW) menganggap­nya sebagai dosa-dosa yang membinasak­an.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbang­an.” (Surah al-Furqan, ayat 23)

Sudah tentu kita tidak mahu segala amal ibadat dan kebaikan yang pernah kita lakukan ketika di dunia ini tidak diambil kira untuk dijadikan nilai ke syurga Allah SWT kelak.

Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Janganlah dekati fitnah jika sedang membara dan janganlah menghadapi­nya apabila sedang timbul. Bersabarla­h apabila fitnah datang menimpa”

Hadis riwayat at-Tabrani

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia