MISI 7 PASUKAN
Tujuh pasukan terdiri daripada 115 penuntut terpilih mew akili Malaysia dalam cabaran Shell Eco Marathon (SEM) Asia 2018 yang bermula dari 8 hingga 11 Mac lalu.
Mereka terdiri daripada penuntut enam universiti aw am dan sw asta iaitu Monash University Malaysia, Multimedia University Kampus Melaka, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Pengurus Negara dan Hubungan Luar Shell
Malaysia Nimmi Kamal berkata, cabaran itu diadakan bersempena penganjuran Festival Make The Future Singapore dan pihaknya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan universiti dan penuntut yang mengambil bahagian.
“Lebih 120 pasukan daripada 18 negara Asia Pasifik dan Timur Tengah mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini yang menguji kebolehan peserta untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta cekap tenaga.
“Penganjuran SEM adalah platform untuk memberi galakan dan pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada golongan muda mengenai aspek sains, tek nologi, tenaga dan bidang kejuruteraan.
“Secara tidak langsung, merek a dapat menerok a dunia baru, mengembangkan idea dan menguji minda dengan menghasilkan inovasi bermanfaat untuk masa depan yang mampan,” katanya.
Menurut Nimmi, bidang Sains, Tek nologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diterapkan dalam cabaran berkenaan bagi memberi peluang kepada peserta untuk menganalisis mak lumat diterima dan memahaminya berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Menerusinya, SEM dapat memainkan peranan dalam membangunkan keupayaan penuntut untuk menginterasikan pengetahuan merentasi subjek selain menggalakkan mereka berfikir secara logik dan holistik.
“Penganjuran SEM boleh dianggap melangkaui sempadan menerusi pembelajaran yang lebih relevan dan membolehkan penuntut mempelajarinya berdasarkan situasi semasa.
“Ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah memacu negara mencapai visi berada di kelompok 20 negara yang diiktiraf dalam bidang inovasi dan k reativiti,” katanya.
Tahun ini, Pasukan Monash
SEM Asia 2018 uji kebolehan mereka bentuk, membina dan memandu kereta cekap tenaga
UC dari Monash University Malaysia memperkenalkan teknologi kaw alan pelayaran dan sistem pembantu mereka sendiri untuk mengira sudut stereng yang ideal apabila berada di selekoh bagi memastikan kereta konsep bandar mereka tidak kehilangan momentum di sudut selain mengekalkan pembakaran hidrogen yang lebih baik dan efisien sepanjang perlumbaan.
Manakala, pasukan UiTM Eco-Planet menggunakan kepakaran 13 jurutera perempuan untuk membangunkan dan mereka bentuk dan UMP-Tech (UMP) pula menyediakan pautan video di Facebook sempena penyertaan sulung mereka dalam cabaran berkenaan.