SEGOVIA PEMUSNAH
Red Giants benam TFC 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Dua gol penyerang import dari Sepanyol, Rufina Segovia membantu Selangor melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangkan tuan rumah, Terengganu FC (TFC) 3-1 pada pusingan ketiga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Segovia menyamakan kedudukan pada minit ke-27 dan menyumbat gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-69 selepas Red Giants bangkit daripada ketinggalan untuk menafikan tuan rumah.
Red Giants yang tampil dengan corak permainan tersusun hampir mengejutkan skuad Penyu pada minit ketiga namun kuisan Segovia dapat dibaca penjaga gol, Suffian Rahman.
Bagaikan terlena daripada tidur, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim bangkit mengatur gerakan bermula dengan dua percubaan melalui kapten, Tchetche Kipre pada minit kelapan dan ke-10 namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.
Usaha berterusan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Kipre bijak melakukan larian pantas melalui serangan balas sebelum melorongkan bola kepada Shahrul Aizad Zulkufli untuk jaringan pendahuluan pada minit ke-23.
Tersentak dengan jaringan itu, pelawat yang tampil dengan aksi meyakinkan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan mudah Segovia pada minit ke-27 hasil hantaran pemain import dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.
Pelawat yang dibimbing penolong jurulatih, Nazli Azmi Nasir hampir menambah jaringan pada minit ke-30 dan 32 melalui Segovia tapi ketangkasan penjaga gol menggagalkan percubaan itu.
Pemain import pelawat, Evan Dimas meletakkan pasukannya di depan apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-60 untuk mendahului 2-1.
Selepas jaringan itu skuad Selangor semakin bernafsu dan berjaya menambah derita tuan rumah apabila memperoleh jaringan ketiga menerusi sepakan penalti Segovia pada minit ke-69 selepas Joseph Kalang Tie dijatuhkan oleh Fitri Omar. dan kami sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik menempuh ujian getir di sana,” katanya.
Kunjungan skuad Kedah ke Kuantan akan menjadi perlawanan pertama Pallares dalam saingan Piala FA, kerana terlepas beraksi sewaktu Kedah menentang Negeri Sembilan, baru-baru ini dan dia nekad memberi aksi terbaik.
“Saya jangkakan satu pertembungan yang sengit kerana Kedah akan turun sebagai penyandang juara Piala FA bertemu Pahang yang juga naib juara, namun saya yakin kami akan memberi persembahan terbaik dan akan berjuang habis-habisan,” katanya.