BENDUNG JENAYAH SIBER
Di Sebalik Wajah.
“Oleh itu, kita harus mentakrifkan dengan jelas dan menetapkan parameter yang betul ketika berkomunikasi tidak kira secara lisan atau sebaliknya demi menghormati hak masing-masing.
“Namun begitu, remaja wajib tahu setiap maklumat yang disiarkan atau dikongsi di media sosial perlu disahihkan terlebih dahulu bagi menghindari sebarang tindakan undang-undang,” katanya.
Masa kini, kita boleh lihat buli siber sudah menjadi racun dalam kalangan netizen yang menggunakan Internet.
Buktinya, sementara kewartawanan siber menyampaikan berita daripada sumber berita utama yang boleh dipercayai seperti media percetakan, buli siber pula menyasarkan kumpulan atau individu tertentu dengan menyebarkan kandungan yang mengaibkan pihak berkenaan.
Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana golongan wanita, kanak-kanak dan artis sering menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Tanpa kita sedari, ia bukan saja menjatuhkan maruah diri individu terbabit dan keluarganya, kemungkinan mereka juga akan mengalami kemurungan, sekali gus bertindak membunuh diri.
Kata Ahmad Izham lagi, penyebaran mesej lucah bukan saja berlaku dalam kalangan remaja perempuan malah kanak-kanak tidak berdosa juga turut menjadi mangsa.
“Perkara ini berlaku apabila gambar atau video kanakkanak dirakam secara seksual, provokatif atau berbogel sebelum menghantarnya menerusi mesej atau aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
“Percaya atau tidak, fenomena aneh ini menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi segelintir individu dan tanpa mereka sedari menarik perhatian pelaku pedofilia.
“Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan merakam gambar adik
Kempen bertujuan tingkat kesedaran kanakkanak dan remaja ketika
guna media sosial
atau anak untuk dimuat naik ke media sosial yang boleh mengundang 1,001 perkara negatif.
“Mungkin anda berpendapat untuk merakam kenangan tetapi malangnya gambar itu boleh ditularkan dan diakses oleh sesiapa saja tanpa kebenaran.
“Impaknya, berlaku kes kanakkanak dicabul, diculik dan keluarga diugut hanya kerana sekeping gambar yang tersebar.
“Jika tidak terkena pada keluarga anda, fikirkanlah masa depan kanakkanak yang menjadi mangsa pelaku pedofilia ini,” katanya.
Tambahnya lagi, dunia digital terlalu sarat dengan kandungan yang tidak sesuai sehingga mempengaruhi minda remaja dan kanak-kanak.
“Penyebaran kandungan sebegitu tidak dapat dielakkan, sekali gus mengundang perasaan ingin tahu remaja dan kanak-kanak.
“Laman web yang mengandungi kandungan sedemikian tidak disekat kerana ia bersifat dasar langit terbuka. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk menyekat laman web yang boleh menyerang minda anak-anak.
“Antara cadangan bagi ibu bapa mengelakkan perkara sebegini berlaku, gunakan pelayar Internet yang menyekat kandungan tidak sesuai secara automatik.
“Walaupun penipuan dalam talian kebiasaannya menyasarkan orang dewasa, golongan remaja dan kanakkanak juga tidak terkecuali.
“Antara modus operandi penipuan yang sering berlaku adalah anda diumumkan memenangi hadiah atau wang tunai melalui e-mel dan dikehendaki membayar sejumlah wang untuk menuntut hadiah berkenaan.
“Sebaiknya, anda mengenal pasti kesahihan produk atau laman web berkenaan sebelum menjalankan urus niaga dengan mereka,” katanya.
Memang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini gemar membeli-belah secara dalam talian. Anda disarankan meminta pendapat ibu bapa sebelum melakukan pembelian atau transaksi bagi mengelakkan ditipu.
“Ini kerana ada beberapa pautan yang disyaki meragukan dan perlu sentiasa berhati-hati. Antara tanda yang perlu diperhatikan adalah e-mel dan pautan daripada pihak yang mencurigakan antaranya e-mel meminta data peribadi seperti butiran bank dan kad kredit serta ejaan dan tatabahasa yang lemah dalam e-mel berkenaan.
“Anda perlu memastikan laman web itu benar-benar selamat dengan mencari tag HTML https dan ikon kekunci pada URL laman web serta menggunakan aplikasi pembayaran pihak ketiga yang boleh dipercayai sekiranya perlu.
“Selain itu, ibu bapa juga disaran sentiasa memantau aktiviti anak anda ketika mereka melayari Internet dan sentiasa menyemak sejarah (history) carian mereka,” katanya.