100,000 produk fesyen
Pusat beli-belah borong tawar pelbagai barangan di bawah satu bumbung
Sering tercari-cari lokasi mendapatkan stok jualan untuk perniagaan anda? Jawapannya ada di KWC Fashion Wholesale yang menjadi pusat beli-belah borong setempat pertama dan terbesar di Kuala Lumpur.
Beroperasi sejak 20 October 2011, pusat belibelah itu menawarkan pelbagai kelengkapan fesyen terbesar dan sesuai untuk pemborong serta orang ramai dengan harga berpatutan di bawah satu bumbung.
Terdapat lebih 800 lot permis jualan di KWC Fashion Wholesale berfungsi sebagai pusat beli-belah setempat yang menawarkan produk fesyen berkualiti terkini dengan harga yang berpatutan.
Menariknya, kedudukan KWC Fashion Wholesale yang terletak tidak jauh dari segi tiga emas di tengah ibu kota menjadi perhatian penggemar fesyen terutamanya fesyen Muslimah dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Timur Tengah.
Fesyen terkini terdapat di sini mengetengahkan cita rasa dari Korea, Indonesia, Thailand, Vietnam dan banyak lagi.
Berkeluasan 500,000 kaki persegi, pusat belibelah itu membawakan direktori perniagaan dengan 100,000 produk pilihan fesyen terkini untuk wanita, lelaki dan kanakkanak, barangan perhiasan, kecantikan, kasut, hadiah, barangan kulit dan banyak lagi tanpa perlu ke lokasi yang berbeza.
Di KWC Fashion Wholesale, anda boleh mendapatkan apa jua barangan yang diingini, malah ditawarkan dengan harga jauh lebih murah dan berbaloi mengikut kualiti dan kuantiti.
Statistik juga menunjukkan jumlah pengunjung yang berkunjung ke KWC Fashion Wholesale kira-kira 400,000 pengunjung setiap bulan.
Bagi menggalakkan pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan luar negara datang ke pusat beli-belah ini, pemandu pelancong berdaftar diberikan insentif RM2 bagi setiap pelancong yang dibawa ke situ.
Pusat ini juga sering menganjurkan pelbagai program bagi meraikan pengunjung terutamanya menjelang perayaan besar dan cuti penggal persekolahan.
Sempena cuti persekolahan penggal pertama minggu depan, KWC Fashion Wholesale menyediakan ‘Inflated Playground’ di ruang tengah pusat beli-belah itu dengan tawaran RM5 seorang atau menebus satu baucar bagi setiap pembelian RM100 dan ke atas dalam satu resit.
Selain itu, di sini juga menyediakan tapak untuk ruang acara yang dikenali sebagai STARXPO Center.
Dewan acara yang berkeluasan 32,065 kaki persegi di tingkat
15, 16 dan 17 itu boleh memuatkan kira-kira
7,000 orang pada satu masa bergantung kepada acara yang diadakan.
Dewan acara itu menyediakan kemudahan bagi mengadakan acara syarikat, majlis perkahwinan, konsert, pertandingan serta pelbagai lagi acara yang bersesuaian.
Pelbagai acara besar seperti konsert artis tempatan dan antarabangsa, pameran, festival, muzik dan kebudayaan pernah berlangsung di sini. Kunjungan ke pusat belibelah ini pasti memberi pengalaman berbeza kepada anda.