Penagih ganas ancam ahli keluarga EMPAT BERADIK TERJAHAT
Kuala Lumpur: Semakin ramai ibu bapa mengadu kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas tidak tahan dikasari atau dipukul anak penagih dadah.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib memberitahu, pihaknya kerap menerima aduan ahli keluarga dan ibu bapa yang bimbang terhadap tahap keselamatan mereka ketika di rumah.
“Ada antara mereka merasa terancam,
>>Penagih bertindak agresif apabila ambil Amphetamine Type Stimulants
(ATS) seperti syabu dan methamphetamine
tidak selamat dan terdedah dengan risiko dicederakan penagih dadah apabila meminta wang untuk membiayai penagihan mereka.
“Dalam kebanyakan kes, kami memujuk penagih ke pusat pemulihan secara sukarela. Namun jika enggan, mereka ditahan mengikut peruntukan undang-undang dengan mendapatkan perintah mahkamah supaya dimasukkan ke pusat pemulihan di bawah jagaan AADK bagi tempoh dua tahun,” katanya..
Izhar berkata, berdasarkan keputusan ujian air kencing, kebanyakan penagih bertindak agresif apabila mengambil Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti syabu dan methamphetamine.
“Dadah ini menyebabkan mereka mengalami psychotic disorder, euphoria dan halusinasi yang mendorong bertindak ganas terhadap ahli keluarga serta orang lain,” katanya.
Beliau menyarankan orang ramai yang menyedari ada ahli keluarga mereka yang menagih dadah supaya menghubungi AADK berhampiran untuk mendapatkan nasihat.
“Langkah ini penting bagi mengelakkan tahap penagihan tidak terkawal sekali gus bertindak agresif terhadap ahli keluarga.
“Pada peringkat awal, ahli keluarga digalakkan merujuk penagih terbabit ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan secara sukarela,” katanya.
Katanya, ahli keluarga tidak perlu malu atau kasihan menghantar mereka bagi mendapatkan rawatan.
“Perbuatan melindungi dan menyembunyikan masalah penagihan dadah tidak membantu memulihkan penagih berkenaan, sebaliknya menjadikan mereka lebih agresif,” katanya
Empat bersaudara sanggup pukul, halau ibu dari rumah akibat ketagihan syabu