Cukup comel pikat kanak-kanak
FILEM: ARAHAN: PELAKON:
Jujurnya, filem seperti ini sememangnya bergantung pada kecomelan karakter bagi menarik kanakkanak menontonnya.
Malah penceritaan Peter dan haiwan lain melalui satu era yang bersesuaian dengan masa dan arah tuju filem ini, berbanding cerita asalnya yang ditulis lebih separuh abad lalu.
Pada aspek komedi, skripnya menarik dalam pelbagai peringkat. Selain jenaka ‘slapstick’, beberapa dialog berulang tetapi dalam cara yang ringkas dan menarik pasti disukai kanak-kanak.
Biarpun dihasilkan daripada buku cerita kanak-kanak, penulis lakon layar dan pengarah tetap bijak menjadikan penceritaannya menghiburkan penonton dewasa juga.
Pemilihan lagu runut juga banyak membantu filem ini seronok ditonton, terutama senarai lagu era 1990-an yang disuntik dengan beberapa parodi serta tarian remix, sekali gus mengembalikan nostalgia penonton dewasa.
Namun begitu, filem ini dilihat kurang memberi ruang emosi kepada watak terutama pada Peter Rabbit yang mempunyai latar belakang sedih tersendiri. Andai ruang emosi itu diberi sedikit masa lagi, ia pasti meninggalkan kesan lebih mendalam pada watak itu dan adik-beradiknya yang lain.
Seperkara lagi, kurangnya ruang di layar diberikan kepada watak dipegang Rose Byrne sebagai Bea. Watak ini, biarpun sekadar sokongan pada penceritaan, mempunyai tarikan tersendiri terutama pada sifatnya yang cemerkap tapi positif dan ceria.
Sepertimana watak haiwan CGI lain sebagai watak pembantu, karakter Bea juga sekadar muncul untuk detik yang perlu saja.
Bea ialah watak yang sangat penting kerana merapatkan hubungan antara karakter haiwan dan manusia. Mungkin jika diberi sedikit lagi usaha untuk kembangkan watak Bea, klimaks filem pasti lebih menarik.
Apa sekalipun, sisi itu mungkin tidak penting jika fokus utama filem adalah untuk menghiburkan penonton kanak-kanak yang menjadi pembaca setia buku siri cerita Peter Rabbit.