Pilih tempat sambung belajar
Penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara memberi peluang kepada pelajar di Sabah untuk memilih tempat bagi meneruskan pengajian mereka.
Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri yang juga Exco Pendidikan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, lebih 100 reruai
berkaitan pendidikan diadakan dalam karnival kali ini.
“Saya berharap melalui karnival ini dapat membantu pelajar di Sabah untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan mereka.
(booth)
“Ini kerana lebih 100 reruai yang sesuai dengan kehendak pelajar ada di sini. Karnival seperti ini juga akan diadakan di Tawau dan Labuan. Peluang ini perlu diambil sebaik mungkin,” katanya ketika merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Zon Sabah di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad dan Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.
Miri: Lapangan Terbang Miri (LTM) mampu menampung jumlah penumpang sehingga tiga juta orang setahun apabila ia siap dinaik taraf, akhir tahun depan.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek menaik taraf lapangan terbang itu sedang giat dilaksanakan dengan membabitkan ruang balai berlepas, kaunter pelepasan dan pintu masuk ketibaan berasingan.
Katanya, kerja menaik taraf lapangan terbang itu dilakukan untuk keselesaan orang ramai yang menggunakan lapangan terbang berkenaan.
“Banyak kemudahan lain juga akan disediakan kepada pengguna di lapangan terbang itu. Langkah ini diharap dapat meningkatkan imej bandar raya Miri sebagai destinasi pelancongan popular di Sarawak,” katanya ketika melawat lapangan terbang