Harian Metro

‘Aku akan terbalikka­n dunia...’

-

Tawau: “Kalau polis dekat aku, aku akan ‘terbalikka­n’ dunia ini...aku ada kuasa.” Itu kata-kata seorang lelaki dipercayai khayal akibat syabu bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa yang menyerbu rumahnya di Kampung Vietnam, di sini, kelmarin. Bagaimanap­un, ‘amaran’ lelaki itu tidak diendahkan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau. Suspek ditahan di rumah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia