Harian Metro

Memang biadab!

 Lelaki tengking, ajak polis bertumbuk ditahan

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki bertindak biadab apabila menengking dan mengajak anggota polis bertumbuk dalam satu kejadian di Kampung Baru Subang di sini, kelmarin.

Terdahulu, dalam kejadian jam 4 petang itu dua anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) terbabit dimaklumka­n oleh Balai Polis Kampung Baru Subang mengenai pergaduhan sekumpulan lelaki di tapak pasar malam Subang 2.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, ketika tiba di lokasi kejadian mereka mendapati tiga lelaki berusia 20 hingga 30 tahun bergelut dipercayai akibat mabuk.

“Dua anggota terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan ketiga-tiga suspek.

“Namun, semua suspek tetap bergaduh dan seorang daripada mereka menengking serta memberi amaran supaya jangan masuk campur selain turut mengajak anggota terbabit bertumbuk,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Somu berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan kemudian ditahan dan direman selama tiga hari sehingga esok. Katanya, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia