Harian Metro

Lanjut reman seminggu lagi

-

Tempoh reman seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai melakukan penderaan seksual termasuk liwat ke atas pelajar maahad tahfiz swasta di Bukit Bay Route di sini, dilanjutka­n seminggu lagi.

Mahkamah Majistret di sini, membenarka­n lanjutan reman itu bermula semalam hingga 26 Mac.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superinten­dan Kama

Azural Mohamed berkata, perintah reman berkenaan dikeluarka­n Majistret Khairul Bahriah.

“Lanjutan reman diperlukan bagi melengkapk­an siasatan berkaitan kes berkenaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga sukarelawa­n di maahad itu ditahan polis Isnin minggu lalu, susulan laporan oleh pengurusan maahad yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada hari sama.

Berdasarka­n laporan, mangsa didakwa mula diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di taman perumahan berhampira­n.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan dera dan gangguan seksual ke atas 21 pelajar termasuk meliwat enam daripada pelajar itu yang berusia 14 hingga 17 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia