Harian Metro

Separuh tubuh tersangkut dalam mesin bancuh simen

-

Pekerja lelaki warga Bangladesh sesak nafas selepas terperangk­ap dalam sebuah mesin pembancuh simen ketika sedang membaiki mesin berkenaan di sebuah kilang di Jalan Lahat di sini, semalam.

Ketika kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Akter Ali, 32, menjalanka­n kerja penyelengg­araan dengan masuk ke dalam mesin pembancuh simen itu.

Menurut Ketua Operasi Balai dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih Omar Mahmud, sebaik tiba di kilang terbabit pihaknya

>>Mr T ditahan polis Thailand di Lapangan Terbang Hatyai pada April tahun lalu

mendapati separuh daripada tubuh mangsa tersekat dalam mangkuk mesin pembancuh simen itu.

“Rakan sekerja cuba mengeluark­an mangsa namun gagal dan mangsa mengalami sesak nafas.

“Bomba yang tiba kemudian bertindak menarik tubuh mangsa perlahan-lahan keluar daripada mesin itu dan pasukan Jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia