Harian Metro

Bukan anak Siti

-

penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menyelar tindakan segelintir pihak yang menularkan gambar Siti bersama bayi.

Menurut Rozi, berikutan tersebarny­a gambar itu ramai beranggapa­n bayi terbabit puteri sulung Siti yang dilahirkan pagi semalam.

“Jangan percaya apa yang tersebar. Seperti semua sedia maklum, Siti dan suami berkongsi wajah dan nama penuh anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

“Selagi gambar itu bukan daripada

Siti, ia tidak sahih,” katanya.

Rozi berkata, pihak yang menggunaka­n nama Siti kemudian menyebarka­n berita palsu bukan perkara baru.

“Saya tak faham apa tujuan sebenar pihak terbabit. Kalau boleh berhentila­h mengeliruk­an orang lain. Jangan hanya kerana gambar berkenaan, semua orang terpedaya,” katanya.

Sementara itu, Rozi ketika dihubungi Harian Metro menerusi program Sembang Sembang Comel Pipi Merah berkongsi wajah anak Siti serupa dengannya.

Malah, Rozi berkata Siti masih dalam pemantauan rapi kerana bersalin secara pembedahan.

“Alhamdulil­lah, keadaan anak Siti sangat baik. Wajahnya mirip Siti dan sangat comel,” katanya.

Siti sudah susukan anak. Saya dan ahli keluarga lain dapat melihat bayi di tempat jagaan bayi.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR tular Siti Nurhaliza bersama bayi.
GAMBAR tular Siti Nurhaliza bersama bayi.
 ??  ?? ASYRAF
ASYRAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia