Harian Metro

Geram tengok muka adik

-

Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid memaklumka­n penyanyi terkenal itu kini berehat dan dalam pemantauan doktor.

Asyraf berkata, buat sementara waktu ahli keluarga yang menziarah hanya dapat melihat anak sahaja.

“Selepas Mak Iti (Siti) selamat bersalin secara pembedahan, doktor minta dia berehat dahulu. Memandangk­an Mak Iti bersalin bayi sulung pada usia 39 tahun, banyak perkara perlu diambil kira terutama kesihatann­ya.

“Jadi, kami ahli keluarga menghormat­i keputusan doktor. Dalam masa sama, doktor boleh memantau kesihatan Mak Iti dahulu. Insya-Allah, jika semuanya okey Mak Iti boleh dibenarkan pulang dua hari lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Asyraf yang juga anak ketiga hasil perkahwina­n pertama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, puteri sulung pasangan itu sangat comel.

“Wajah adik saya sepadan dengan lagu Comel Pipi Merah. Memang geram melihat wajahnya yang sangat comel. Kulitnya putih, pipinya merah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia