Harian Metro

Yana, suami usaha tambah zuriat

-

dan pengacara Yana Samsudin mendedahka­n dia dan suami sedang berusaha menambah zuriat sejak tahun lalu menerusi rawatan kesuburan Intrauteri­ne Inseminati­on (IUI).

Meskipun belum berjaya, dia dan suami tidak pernah berhenti mencuba.

“Tahun lalu saya menjalani rawatan IUI namun belum berjaya,” katanya.

Yana atau Norliana Samsudin, 33, memberitah­u, anak sulungnya, Aisy Mateen mula menunjukka­n reaksi mahukan adik.

“Usia Aisy kini sudah setahun tujuh bulan dan kadang-kadang saya tersentuh apabila melihat dia seakan kesunyian.

“Apabila jumpa kanak-kanak lain, dia panggil abang dan kakak. Rasanya, dia bersedia untuk ada adik,” katanya.

Ditanya sama ada akan merahsiaka­n kehamilan seperti dilakukan sebelum ini, isteri kepada pelakon Fadzil Zahari itu memilih berkongsi berita gembira itu sekiranya percubaann­ya itu berjaya.

 ??  ?? YANA
YANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia