Harian Metro

Bukit batu kapur kaya fosil dalam bahaya

-

Ahmad Rosli berkata, beliau mendapat maklumat ada permohonan baru dibuat pihak industri untuk mengeksplo­itasi kawasan itu dengan memusnahka­n bukit kapur di Bukit Mengapur yang disifatkan membimbang­kan daripada sudut pemelihara­an khazanah alam sekitar semula jadi.

Katanya, batu kapur itu sendiri adalah fosil terbina daripada cengkerang hidupan laut dan terumbu karang berusia ratusan juta tahun lampau dan cerapan pada batu kapur di sana menunjukka­n kehadiran fosil fusulind berusia 265-259 juta tahun seperti terkandung dalam jurnal palaentolo­gi hasil penemuan dari penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kita bimbang ia akan menerima nasib sama seperti bukit batu kapur Panching (Kuantan) yang sangat kaya dengan fosil hidupan laut cetek berusia 330 juta tahun, batu kapur menyimpan rahsia bumi ratusan juta tahun yang tidak ternilai harganya.

“Bukit batu kapur adalah satu monumen bersejarah menyimpan sejarah bumi Pahang, kewujudann­ya membuktika­n bahawa ratusan juta tahun lampau bumi negeri ini adalah sebuah lautan cetek dihuni haiwan purba termasuk terumbu karang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN dalam Bukit Mengkapur di Maran yang yang bakal terjejas.
KEADAAN dalam Bukit Mengkapur di Maran yang yang bakal terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia