Harian Metro

‘Mayat’ tepi parit bangun balik

- Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my

Suasana Pasar Awam Sungai Besar di sini, kecoh seketika apabila orang ramai menemui ‘mayat’ seorang lelaki terdampar di tepi parit berdekatan, kelmarin.

Namun, kejadian yang turut tular di media sosial itu terjawab apabila lelaki berusia 40-an bangun meninggalk­an lokasi seperti tiada apa yang berlaku.

Difahamkan, lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah itu dipercayai tertidur selepas terjatuh ketika cuba mengambil air dari parit berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata, tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam jam 1.30 tengah hari.

 Kawasan Pasar Awam Sungai Besar kecoh

“Setibanya di lokasi, kami mendapati lelaki itu terdampar di tepi parit berdekatan pasar berkenaan.

“Anggota kami kemudian turun menyeberan­gi parit untuk menyelamat­kan mangsa. Bagaimanap­un, dia tiba-tiba sedar dan bangun lalu beredar meninggalk­an lokasi kejadian,” katanya di sini, semalam.

Mohd Zulhilmi berkata, lelaki itu memakai seluar pendek dan tidak berbaju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia