Harian Metro

Penjenayah ‘mengamuk’ pecah 10 kereta diparkir

-

Shah Alam: Penduduk Taman Sri Murni, Seksyen 30 di sini, gempar apabila kereta yang diparkir di depan rumah mereka dipecahkan penjenayah, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, 10 kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipecah menyebabka­n penduduk terpaksa menanggung kerugian akibat cermin pecah serta kehilangan barangan berharga.

Antara kereta yang dipecahkan termasuk Proton Exora, Proton Satria, Perodua Alza, Naza Citra, Perodua Viva dan Proton Perdana.

Penduduk, Zaki Mat Noh, 42, berkata, dia hanya menyedari kejadian ketika bersiap untuk ke tempat kerja jam 6.40 pagi.

Katanya, cermin bahagian penumpang sebelah kiri Proton Exoranya dipecahkan, namun tiada barangan berharga dilarikan.

“Saya hanya menyedari cermin dipecahkan dan pemeriksaa­n mendapati tiada barangan berharga yang dilarikan penjenayah.

“Beberapa jiran lain mengadu kehilangan Smart Tag,

kad Touch n Go dan pengecas bateri. Rata-rata mangsa pula hanya cermin kereta saja yang dipecahkan,” katanya.

Zaki berkata, ia kejadian pertama berlaku di kawasan berkenaan sejak mula mendiaminy­a beberapa tahun lalu.

“Ini kejadian pecah kereta secara besar-besaran kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku. Hanya ada kejadian pecah rumah. Kali terakhir dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek. Reman empat suspek yang terbabit dalam sindiket pemburuan haram profesiona­l di sekitar daerah ini dengan membunuh sekurang-kurangnya 20 gajah sejak sembilan tahun lalu disambung hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Superinten­dan Ismail Che Isa berkata, suspek berusia 40 hingga 49 tahun itu disambung reman bagi membolehka­n siasatan dijalankan polis.

“Suspek sebelum ini direman hingga semalam dan perintah sambung reman diperoleh hingga Ahad ini,” katanya ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia