Harian Metro

Rezeki tembikai boci

-

 Warga emas OKU raih hasil jualan RM400 sehari

Musim tembikai boci memberi rezeki buat golongan orang kurang upaya (OKU) di Pulau Kerengga di sini.

Hashim Omar, 61, seorang daripada 15 peniaga tembikai di Jalan Kampung Pulau Kerengga, di sini, berkata, setiap kali musim tembikai boci, dia mengambil peluang berniaga dan memperoleh keuntungan di luar jangkaan.

Warga emas yang juga OKU cacat kedua-dua kaki sejak lahir itu mengakui mampu meraih RM200 hingga RM400 sehari hasil menjual tembikai boci sejak seminggu lalu.

Hashim berkata, dia berniaga tembikai setiap tahun dan sentiasa menanti musim buah itu untuk meraih keuntungan.

“Saya tidak mampu bekerja berat. Hanya mengharapk­an bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

“Apabila tiba musim tembikai, saya akan mengambil peluang berniaga bagi menambah pendapatan.

“Saya bernasib baik kerana hasrat saya dibantu petani ladang tembikai di kawasan berhampira­n kerana semua tembikai itu diserahkan kepada saya tanpa perlu mengeluark­an modal dan hanya membayar kepada petani selepas tembikai itu terjual,” katanya yang tinggal di Kampung Taman Rahmat.

Beliau berkata, memandangk­an jumlah tembikai terlalu banyak sehingga berlaku lambakan, ia dijual dengan harga RM1.50 sekilogram berbanding RM2.50 sekilogram pada Februari lalu.

“Saya mempunyai lebih empat tan tembikai boci dan tembikai kuning yang perlu dijual dalam tempoh 10 hari sebelum tembikai itu rosak.

“Adat berniaga ada pelbagai risiko tidak terkecuali menjual tembikai. Apabila ia tidak terjual dalam tempoh 10 hari ia berair dan rosak seterusnya dibuang,” katanya.

Menurutnya, musim kemarau yang berlaku membantu melariskan jualan tembikai, justeru semua peniaga berani mengambil tembikai dalam jumlah banyak daripada petani.

“Biarpun jumlah peniaga tembikai ramai di sepanjang jalan itu, namun ia tidak membimbang­kan kerana kawasan itu terkenal sebagai kawasan menjual tembikai.

“Kebanyakan pelanggan menyifatka­n tembikai boci tanpa biji boleh menyejukka­n tekak,” katanya.

Ahmad Ariduan Yusof, 41, berkata, dia menggemari tembikai boci kerana ia manis berbanding tembikai biasa selain tiada biji.

“Paling penting tembikai boci bersaiz besar iaitu dua hingga 10 kilogram setiap biji.

“Memang sedap menikmati tembikai boci pada musim kemarau kerana ia boleh menghilang­kan dahaga dan melegakan tekak,” katanya.

 ??  ?? HASHIM melayan pelanggann­ya membeli tembikai boci di Jalan Kampung Pulau Kerangga, Marang.
HASHIM melayan pelanggann­ya membeli tembikai boci di Jalan Kampung Pulau Kerangga, Marang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia