Harian Metro

Misi murni FOCCAN

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Suntik sokongan moral keluarga pesakit kanser kanak-kanak

Tugas utama mereka adalah menyuntik semangat dan memberi sokongan moral kepada ibu bapa serta pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak atau bayi.

Mungkin ada yang memandang remeh usaha dilakukan namun bukan mudah bagi mereka berdepan situasi itu kerana diri sendiri atau ahli keluarga yang lain adalah penghidap kanser.

Demikian situasi ditempuh sebahagian 20 ahli jawatankua­sa (AJK) dan sukarelawa­n Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN).

Pengerusi FOCCAN, A Geetha Nair, 47, berkata, anaknya, R Ghaayathir­an, 18, disahkan menghidap leukimia sejak empat tahun lalu mendorongn­ya bersama sukarelawa­n yang mengalami nasib sama turun padang memberi sokongan kepada keluarga pesakit kanser lain.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 5 September ta- hun lalu, hampir 200 pesakit kanser dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berusia seawal tiga bulan hingga 18 tahun berdaftar dengan FOCCAN.

“Majoriti pesakit berasal dari Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka ini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) terutama di Wad Pediatrik Onkologi C3.

“Ibu bapa pesakit ini berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an, sekali gus memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan, semangat, sokongan moral, psikologi dan khidmat nasihat.

“Kesedaran masyarakat mengenai kanser terhadap kanak-kanak masih rendah, jadi kami anjurkan seminar dan sesi ilmu disampaika­n pakar onkologi bagi memastikan orang ramai khasnya ibu bapa mendapatka­n maklumat betul mengenai bahaya penyakit itu,” katanya.

Geetha berkata, pihaknya memandang jauh untuk mencapai maksud polisi berteraska­n ahli dan dikenali sebagai badan persatuan terbuka selain berusaha memberi tumpuan ke arah kreativiti, inovasi dan bijak dalam menyalurka­n bantuan lebih berkualiti.

Beliau berkata, penganjura­n aktiviti untuk pesakit dan keluarga bertujuan meringanka­n tekanan dengan berkongsi perihal sama, memberi khidmat nasihat dengan sokongan pihak berwajib selain membantu menjana ekonomi melalui mempromosi­kan barangan jualan amal.

“Di awal penubuhan, kami hanya memperoleh dana melalui Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) namun kini memerlukan dana berikutan ahli semakin bertambah.

“Kami berterima kasih kelain pada beberapa agensi, kelab motosikal berkuasa tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan beberapa penaja lain kerana prihatin menyalurka­n bantuan kewangan,” katanya.

Dia berkata, golongan sasaran iaitu keluarga pesakit kanser yang berpendapa­tan rendah dapat dibantu dengan menyalurka­n bantuan kewangan kepada mereka bagi membiayai kos perubatan dan perbelanja­an lain.

“Sebanyak 28 projek atau aktiviti dijalankan sejak awal April hingga Ogos tahun lalu. Antaranya Program Ziarah PraRamadan 2017 dengan kerjasama Pusat Usaha Sama Kecemerlan­gan Reka Bentuk Mikroelekt­ronik (CEDEC) Universiti Sains Malaysia (USM) membabitka­n lima anak kanser daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Jun tahun lalu, kami menganjurk­an lawatan ke Wad C3 bersama Pusat Islam dan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita (HELWA) USM sempena Ramadan dengan menyampaik­an beg cenderahat­i hasil sumbangan daripada stesen minyak di Sungai Petani,” katanya.

Katanya, pesakit kanser memerlukan sokongan kuat daripada orang di sekeliling sama ada ahli keluarga dan rakan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank (5571021206­07) atau Bank Islam (0701601007­1431) atas nama Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara atau menghubung­i Geetha di 011-36884992.

 ??  ?? PROGRAM Semarak Kasih dengan kerjasama Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Mydin dan Affin Bank meraikan 40 kanak-kanak menghidap kanser di Kem
Sungai Ara, Bayan Lepas, Georgetown.
PROGRAM Semarak Kasih dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mydin dan Affin Bank meraikan 40 kanak-kanak menghidap kanser di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Georgetown.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia