Harian Metro

K1M beri manfaat kepada jutaan rakyat

-

Perkhidmat­an Klinik 1Malaysia (K1M) yang diwujudkan sejak 2010 di seluruh negara dilihat memberikan manfaat kepada jutaan penduduk di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, memperliha­tkan peratus kunjungan yang bertambah antara dua hingga enam peratus setiap tahun, jelas matlamat penubuhann­ya yang antara lain membantu golongan berpendapa­tan rendah dan kurang berkemampu­an mendapatka­n akses kepada perkhidmat­an kesihatan mencapai sasarannya.

Beliau berkata, penubuhan K1M antara inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangk­an beban dan kos sara hidup rakyat menerusi Program Transforma­si Kerajaan (GTP).

“Menerusi Program Transforma­si Negara

(NTP), antara lain penubuhann­ya turut mengambil kira, kemudahan masyarakat kawasan bandar dengan kepadatan penduduk tinggi memperoleh manfaat kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai manfaat diterima rakyat oleh kerajaan dalam sektor kesihatan negara ini, khususnya menerusi peranan dimainkan K1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia