Harian Metro

Nafi program PERMATA membazir

-

Briged Negaraku membidas tuduhan palsu dan hasutan yang dimainkan sesetengah pihak terhadap program PERMATA yang dikatakan menghabisk­an wang rakyat untuk kepentinga­n peribadi pemimpin tertinggi negara, membazir dan rasuah.

Pengerusin­ya, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, kenyataan itu adalah satu fitnah tidak berasas, tidak berdasarka­n fakta yang jelas dan dengan sengaja dijadikan sebagai permainan politik murahan.

Dalam kenyataann­ya kepada media, Khairul Nizam berkata, pihaknya terkilan dengan satu video yang ditularkan baru-baru ini dengan menjadikan pelajar Autisme di bawah Permata Pintar sebagai bahan untuk membangkit­kan fahaman benci-membenci atas kepentinga­n politik pihak tertentu.

Katanya, tindakan itu sangat mengecewak­an kerana seharusnya masyarakat Malaysia sudah jelas untuk membezakan mana yang benar dan mana yang palsu.

“Masyarakat Malaysia juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap golongan Autism supaya dapat membezakan karakter golongan itu dengan seorang individu normal.

“Untuk makluman, adik Izz yang ditularkan dalam media sosial adalah kanak-kanak autism pintar yang berupaya menyelesai­kan masalah Matematik dan Kimia seawal usia enam tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia