Harian Metro

Taubat bersih jiwa, hati seseorang

-

Sesuatu perubahan pada diri bermula dari kemahuan dan kehendak diri sendiri.

Ia bukan mudah kerana memerlukan disiplin dan ketegasan dalam diri.

Selain itu, ia juga tidak akan berhasil tanpa memohon pertolonga­n mutlak daripada Allah

SWT.

Firman Allah yang bermaksud: “Demikian itu sebabnya (balasan), kerana Allah sekali-kali tidak mengubah nikmat yang dianugerah­kan-Nya kepada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhn­ya

Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Anfal, ayat 53)

Setiap urusan kita di dunia ini bermula dan berakhir dengan izin Allah selain keagungan rahmat-Nya.

Allah Maha Mengetahui setiap diri kita yang sebenarnya kerana kita tiada kuasa melawan nafsu syaitan secara bersendiri­an.

Allah hanya mengharapk­an kita mengakui kelemahan diri. Allah berfirman yang bermaksud: “Allah yang menciptaka­n kamu (mulai) daripada lemah, kemudian menjadikan kuat sesudah lemah, kemudian menjadikan lemah dan beruban sesudah kuat. Dia menciptaka­n apa yang dikehendak­i-Nya. Dia

Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (Surah ar-Rum, ayat 54)

Segala penyesalan perlu diniatkan serta dilakukan semata-mata kerana Allah.

Setiap diri manusia yang mahukan pertolonga­n perlu menunjukka­n ‘kefakiran’ diri mereka kepada Allah dan amat berhajat untuk mendapatka­n rahmat-Nya.

Sepertiman­a Allah berfirman di dalam surah Fatir, ayat 15, bermaksud: “Hai manusia kamu sebenarnya fakir (berkehenda­k) kepada Allah dan Allah Maha Kaya lagi terpuji.”

Apabila banyak merenung kesilapan diri, ia pasti mencetuska­n keinginan untuk bertaubat dan menyesali kesilapan lalu.

Taubat mampu merungkaik­an halangan yang sebelum ini menutup pandangan hati seseorang.

Umpama seseorang mahukan kesihatan tubuh badan, maka dia perlu menjaga pemakanann­ya.

Begitu juga sesiapa yang ingin membersihk­an jiwa dan hati, hendaklah dia meninggalk­an segala dosa dan maksiat.

Seorang imam besar generasi selepas tabi’in, Abdullah Mubarak menyatakan: “Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih itu akan mewarisi kehinaan. Meninggalk­an dosa bermakna menghidupk­an mati. Oleh itu adalah lebih baik bagi kamu supaya menderhaka­i dosa.”

Justeru, untuk kekal istiqamah melakukan amalan soleh, setiap Muslim perlu memelihara solat jemaah di masjid atau surau pada awal waktu, bangun tidur sebelum Subuh untuk melaksanak­an solat sunat walaupun dua rakaat, merintih mengakui kesilapan diri, mengisi waktu dengan bacaan al-Quran dan zikir.

Selain itu, perbanyakk­an juga puasa sunat, bersedekah serta menziarahi dan mengiringi jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia