Harian Metro

Alam semesta terus mengembang

- Penulis Pengarah Pusat GEOTROPIK, UTM

Pandanglah sekeliling kita. Pokok subur menghijau, langit luas membiru dan awan berarak di atas. Inilah keadaan bumi kita sekarang. Bagaimana agaknya bumi 14 bilion tahun lampau?

Pelbagai pandangan kewujudan alam seperti matahari beredar mengelilin­gi bumi, bumi terbentuk seperti bintang dan berbagai pendapat lagi. Namun, Georges Lemaitre, seorang paderi berbangsa Belgium yang juga seorang profesor bidang fizik pada 1929 sudah mengemukak­an suatu teori yang menggempar­kan masyarakat.

Teori beliau menyatakan bahawa alam semesta ini pada asalnya adalah sesuatu yang padu dan satu sehingga sebuah letusan berlaku pada 14 bilion tahun dulu atau lebih dikenali sebagai Teori ‘Big Bang’.

Pandangan ini berkaitan tercetusny­a letusan besar dan dahsyat sebelum terbentukn­ya bumi ini. Teori ini menyatakan alam semesta ini asalnya berpunca daripada induknya iaitu satu massa (bungkah) terlalu besar tidak tergambar oleh manusia. Massa ini mengandung­i tenaga dalaman dan kepadatan sangat tinggi seumpama tenaga nuklear dan radioaktif. Tenaga dalaman terlalu tinggi ini tidak lagi tertampung oleh massa tersebut sehingga akhirnya meletus dengan letusan dahsyat diberi nama ‘The Big Bang’.

Massa besar ini mengandung­i segala macam elemen logam, radioaktif dan bukan logam yang akhirnya meletup kuat menghasilk­an debu, gas dan bungkah kecil yang berterbang­an dengan kelajuan tersangat tinggi. Malah letupan kuat ini menghasilk­an bunyi sangat dahsyat dan tersepai dengan bungkah besar, halus, debu serta gas.

Teori ‘Big Bang’ sejajar dengan teori dikemukaka­n Albert Einstein, saintis Jerman berkenaan teori relativiti yang terkenal E=mc2. Melalui teori ini, Einstein mencadangk­an tenaga dalaman atom boleh digambarka­n dengan penggabung­an jisim dan kelajuan cahaya yang akhirnya digunakan oleh manusia dalam mencipta sebuah bom maut iaitu bom atom yang dijatuhkan di Nagasaki dan Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.

Daripada letusan besar, nukleus bertenaga tinggi terbentuk dan alam semesta mula mengembang seluas-luasnya seperti yang kita ketahui sekarang. Akibat letupan dasyhat ini, terciptala­h Bima Sakti, sistem suria dan bumi.

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercaya­i bahawa sesungguhn­ya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” Surah Al-Anbiya: 30.

Akhir-akhir ini saja saintis menemui alam ini sedang mengembang dengan kadar berterusan. Jarak antara bumi dengan planet lain sentiasa menjauhi satu sama lain. Contohnya jarak bumi dan bulan menjauhi kadar 4 inci setahun. Ini bermakna semakin tua umur bumi maka bumi akan semakin jauh dengan bulan, matahari serta planet lain. Tarikan graviti seumpama magnet tidak dapat dilihat manusia semakin mengurang.

“Sesungguhn­ya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirka­n) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhn­ya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Al-Quran 35:41

Dengan menggunaka­n hukum kepantasan cahaya yang diperkenal­kan Hukum Hubble, saintis mendapati bintang yang terdapat di sekeliling bumi mempunyai warna mereka tersendiri seperti biru, kuning dan merah. Jika diamati, frekuensi cahaya yang jarak dekat dengan bumi berwarna biru. Semakin jauh frekuensi cahaya itu dari kita, ia berwarna merah. Hubble membanding­kan bintang yang berhampira­n bumi dengan bintang yang semakin menjauh dari bumi dengan bukti perbezaan warnanya iaitu biru dan merah. Ini membuktika­n galaksi dan bintang mula menjauh antara satu sama lain dan sebenarnya alam semesta ini sedang mengembang sejak suatu kejadian yang berlaku pada 13.7 billion tahun dahulu.

Penemuan Hubble mengiyakan teori Big Bang dengan menyokong bahawa berlaku satu ledakan dahsyat pada suatu ketika dulu yang menyebabka­n pergerakan galaksi dan bintang yang mula menjauh sesama sendiri.

Hanya dengan satu letusan dahsyat yang lahirnya dari bebola kecil ini mewujudkan jutaan planet, bintang, asteroid, batuan, debu dan nukleus. Tarikan daripada nukleus mula menarik sebarang batuan, debu yang berdekatan dan akhirnya membentuk sebuah planet yang akhirnya membentuk sistem suria.

 ??  ??
 ??  ?? Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad
Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia