Harian Metro

BERSIH PANTAI BAGAN LALANG

-

Aktivis Guardians of

Mother Earth, Mei Boh tidak menyangka usahanya menggunaka­n medium laman sosial Facebook bagi membuat hebahan mengenai program Pembersiha­n

Pantai Bagan Lalang barubaru ini meraih perhatian lebih 60 sukarelawa­n yang teruja menyertai aktiviti berkenaan.

Tanggapann­ya projek sulung badan bukan kerajaan (NGO) itu sukar menarik perhatian netizen meleset apabila berjaya memasuki hati warga kota yang prihatin terhadap kebersihan pantai.

“Saya menganggar­kan kedatangan sukarelawa­n sekitar 20 orang, tetapi tidak menyangka lebih 60 orang sanggup meredah hujan pada awal pagi bagi menjayakan program ini. Ini membuktika­n rakyat Malaysia mempunyai kesedaran dan peka kepada isu alam sekitar.

“Saya terharu dengan sambutan yang ditunjukka­n pada program pertama saya ini. Program ini diadakan dengan sokongan rakan aktivis dan kehadiran peserta memberi semangat kepada NGO seperti kami untuk terus memberi pendedahan mengenai pentingnya amalan menjaga ekosistem pantai dan laut yang menjadi habitat kehidupan marin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia