Harian Metro

RANGSANG SEMANGAT JURUFOTO WANITA

-

“Sebenarnya penganjura­n Ladies Photowalk ini adalah acara lapangan yang dijalankan secara bulanan dan dikendalik­an rakan FJM kami iaitu Maureen Jafrey dan Siti Aishah. Kami sudah lama dalam genre ini mengharapk­an kemunculan bakat baru terutama wanita menyertai aktiviti seni foto jalanan ini.

“Apabila menyertai aktiviti seperti ini, setidak-tidaknya mereka tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamata­n kerana ia dilakukan dalam berkumpula­n. Keadaan sekarang tidak seperti 10 tahun dulu ketika awal pembabitan saya dalam dunia seni foto jalanan ini. Dulu orang awam kurang selesa dengan kehadiran saya yang membawa kamera, tetapi saya tebalkan muka datang ke tempat sama setiap tahun sehingga diterima masyarakat setempat.

“Apabila saya tunjuk dan kongsikan gambar lama mereka, sama ada lima atau 10 tahun lalu, reaksi mereka berubah. Sebahagian­nya terlalu gembira kerana dengan adanya individu seperti saya yang merakam memori lama untuk dikongsi bersama mereka. Semuanya menjadi memori yang sangat berharga.

“Jadi saya mahu seni foto jalanan ini bukan sekadar yang dinikmati sendiri, tetapi boleh menjadi medium mendekati dan mengenali komuniti setempat dengan cara unik selain menghormat­i kehadiran mereka di sekeliling kita.

Program foto jalanan medium dekati komuniti setempat dengan cara

unik

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia