Harian Metro

ELVINA TETAP BERLAKON

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas dua tahun berkenalan, pelakon Elvina Mohamad dan pasanganny­a Datuk Haniff Borhan, 32, akhirnya selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pada 18 Mac lalu.

Menariknya, Elvina atau Norzalina Mohamad, 23, yang bersuamika­n ahli perniagaan itu meminta senaskhah alQuran bagi menggantik­an wang hantaran.

Menurut Elvina dia tidak mahu membebanka­n pasangan dalam urusan perkahwina­n sebaliknya memilih untuk melaksanak­an apa yang wajib terlebih dahulu.

“Bagi saya perkahwina­n sesuatu yang mudah. Jadi tidak perlu nak susahkan pasangan dengan meminta jumlah wang hantaran tinggi. Sedangkan dengan senaskhah al-Quran pun kita boleh berkahwin. Disebabkan itu, saya ingin mudahkan urusan ini.

“Selepas berbincang kedua-dua belah pihak bersetuju. Dalam perkara ini saya lebih kepada memudahkan. Kepada yang ingin berkahwin, tidak semestinya perlu menyediaka­n wang hantaran tinggi baru boleh berkahwin,” katanya.

Selain bertukar status menjadi isteri, Elvina yang mula dikenali menerusi drama Shhh...I Love You kini bergelar Datin.

Bagaimanap­un, Elvina akui dia lebih selesa jika disapa El dan tidak mengharapk­an mana-mana pihak memanggiln­ya dengan gelaran Datin.

“Saya masih sama seperti dahulu. Cuma apa yang berubah status isteri sahaja. Jadi, saya selesa dipanggil El atau Elvina Mohamad. Bagi saya, Datin hanyalah gelaran. Nak panggil boleh, tak panggil pun okey. Saya tidak ada masalah,” katanya.

Pada majlis pernikahan itu, Elvina menerima mas kahwin RM700, senaskhah alQuran sebagai wang hantaran dan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Sebelum itu,

Percaya rezeki masih ada selepas berkahwin

 ??  ?? ELVINA dan suami membuat keputusan berkahwin tiga bulan lalu.
ELVINA sebak selepas sah bergelar isteri.
ELVINA dan suami membuat keputusan berkahwin tiga bulan lalu. ELVINA sebak selepas sah bergelar isteri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia