Harian Metro

Perangai belum berubah!

-

Bukan sekali dua SS dengar perangai pelik seorang artis wanita veteran yang suka sangat meminta-minta barang milik lain apabila hatinya dah berkenan.

Kadangkala orang itu sendiri sangat perlukan barangan yang diminta tetapi disebabkan mahu menjaga hati, nak tak nak terpaksala­h mereka bagi juga walaupun dalam hati pemberian itu bukannya ikhlas sangat.

Seiring dengan peningkata­n usia dan masa, SS sangka masalah itu sudah berakhir namun rupa-rupanya masih berlaku sampai sekarang apabila dia tetap dengan perangai lamanya.

Kisahnya, baru-baru ini dia terbabit dengan sebuah program TV. Belum pun rakaman program itu tamat sepenuhnya, dia sudah minta beberapa barang yang digunakan untuk program terbabit.

Tak cukup dengan itu, dia juga tanpa segan silu minta barangan solekan yang digunakan jurusolek untuk program itu.

Sudah tentulah permintaan itu sukar ditunaikan kerana barang itu perlu digunakan lagi sehingga rakaman tamat sepenuhnya.

Sekali dengar SS rasa kelakar pun ada. Mungkin padanya tabiat begini hanya biasa tetapi sebenarnya boleh mengganggu kerja orang lain.

Malah ia secara tak langsung boleh memburukka­n namanya apabila menjadi buah mulut insan seni lain.

SS: Lebih suka berusaha mendapatka­n sendiri sesuatu daripada memintamin­ta daripada orang lain. Awalnya hubungan seorang penerbit lelaki dan pelakon lelaki ini sangat baik. Bukan apa, mereka sering bekerjasam­a menjayakan projek drama bersama.

Jika ada projek baru, pasti pelakon ini jadi pilihan penerbit itu kerana bakat lakonannya boleh dikatakan semakin bagus.

Namun, hubungan baik ini sedikit demi sedikit mula terhakis apabila pelakon ini ambil keputusan mencuba nasib berlakon di bawah produksi lain pula.

Bermulalah episod mereka mula membawa haluan masing-masing apabila artis ini tidak lagi berlakon dengan penerbit itu.

Lebih menyedihka­n, dek tak puas hati, penerbit itu mula menyindir pelakon ini dan mengungkit hadiah yang pernah diberikan kepada pelakon itu antaranya baju dan macam-macam lagi.

Nampak ungkitan itu seperti serangan peribadi pula sedangkan pelakon ini langsung tak ‘berbunyi’ apaapa dan lebih fokus kepada kerjayanya sekarang.

SS hanya mampu menggeleng­kan kepala mengenangk­an apa yang berlaku. Industri kita bukanlah besar mana, esok lusa bertemu semula.

SS: Sukakan suasana harmoni tak kira di mana sahaja berada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia