Harian Metro

Mangsa keldai dadah pulang Isnin depan

-

Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia mangsa keldai dadah oleh sindiket pengedaran dadah antara bangsa yang kini terkandas di Peru akan dibawa pulang ke tanah air Isnin depan. Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, empat wakil diketuai Setiausaha Operasi BiKUM, Mohd Awie Shoubli Jamal akan berlepas ke Peru malam ini bagi melaksanak­an misi berkenaan.

Sebaik tiba di Peru, wakil BiKUM akan menyelesai­kan beberapa proses akhir dokumentas­i sebelum membawa semua mangsa pulang. Mereka akan tiba di Malaysia 26 Mac ini jam 2 petang.

Beliau berkata, usaha membawa pulang Noor Azimah Sapie, 38, dan Noor Suzanna Azmi, 36, sudah dilakukan sejak tahun lalu dengan bantuan Wisma Putra, tetapi mengambil masa berikutan proses dokumentas­i yang agak rumit.

BiKUM turut membawa pulang anak Noor Azimah; Qistina Maisara Alarcon Sapie, suami Noor Suzanna, Garlin Lever Quispe Sanchez yang juga rakyat Peru serta dua anak mereka, Muhammad Duler Akasyah Salas Azmi dan Garlin Junior Quispe Azmi.

Shamsul Anuar berkata, BiKUM membelanja­kan lebih RM150,000 bagi membawa pulang semua mereka termasuk perbelanja­an tiket penerbanga­n dan denda kerana tinggal lebih tempoh yang dibenarkan.

“Kita bawa pulang semua kerana tidak adil dari segi kemanusiaa­n jika memisahkan mereka dengan ahli keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia