Harian Metro

Bakal pengantin dituduh menyamun

-

dan Samsung Galaxy S8 Plus, rantai emas berloket dan wang tunai RM2,500 dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n RM18,000 milik T Daniel Raj, 34.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kelab di Scott Garden di Brickfield­s pada jam 5.15 pagi, 30 Disember 2017.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Sariaty Zainal manakala tertuduh diwakili peguam, Jasmine Cheong.

Terdahulu, Amirah Sariaty tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh. Bagaimanap­un Jasmine memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya diberikan jaminan rendah atas alasan tertuduh bakal mendirikan rumah tangga Khamis ini selain dia menanggung keluarga.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali dan tidak dibenarkan mengganggu saksi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia