Harian Metro

Rayu ibu kandung Rayyan tampil

-

“Demi masa depan anak ini saya merayu ibu kandungnya tampil untuk memudahkan segala urusan berkaitan dokumen pengenalan dan hak penjagaan,” kata Aziyah Abdul Wahab, 42.

Aziyah juga ibu angkat kepada Muhammad Rayyan Ziqri Abdul Rahman, 4, berkata ibu kandung kanak-kanak itu, Nur Hayati Zakaria, 29, melarikan diri selepas empat bulan melahirkan anaknya.

“Saya mengenali Nur Hayati melalui adik angkat dan berminat menjadikan anak dikandungn­ya sebagai anak angkat.

“Saya mula menjaga Nur Hayati ketika kandungann­ya berusia enam bulan sehingga dia bersalin di sebuah hospital swasta pada Mac 2014,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Wanita itu berkata, sebanyak RM20,000 dibelanjak­an bagi menanggung kos sepanjang menjaga Nur Hayati dari usia kandungann­ya enam bulan termasuk bil rawatan bersalin.

Katanya, selepas empat bulan melahirkan anaknya Nur Hayati dipercayai melarikan diri dan tidak mahu tampil kerana sudah membina kehidupan bersama suami baru.

“Saya pernah mencarinya dengan pelbagai cara termasuk di Facebook namun tidak menemuinya.

“Saya mohon Nur Hayati tampil dan bertemu saya untuk menyelesai­kan segala proses berkaitan dokumen pengenalan Muhammad Rayyan Ziqri selain mendapatka­n hak penjagaan anak angkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia