Harian Metro

Cawangan ke-149 Bank Islam

-

Bank Islam Malaysia

Berhad akan meluaskan perkhidmat­an perbankan Islamnya kepada lebih 70,000 penduduk di sekitar Yan, Kedah menerusi pembukaan cawangan barunya di Sungai Limau.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, cawangan Sungai Limau ini menjadi cawangan Bank Islam ke-149 di seluruh negara dan ke-14 di Kedah.

“Cawangan baru ini dijangka beroperasi pada Jun 2018 selepas pembukaan cawangan di Sik pada Mei nanti,” katanya.

Sementara itu, Bank Islam menyalurka­n zakat perniagaan­nya melalui Projek Bantuan Rumah Bank Islam, salah satu program utamanya di bawah AMAL, inisiatif tanggungja­wab korporatny­a.

Sebanyak empat rumah baru dibina untuk menempatka­n keluarga yang layak di Yan, Kedah.

Penyerahan bantuan rumah ini dilakukan semasa Majlis

Pengumuman Pembukaan Pusat Perkhidmat­an Bank Islam Cawangan Sungai Limau, Yan, Kedah yang disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 ??  ?? JAMIL (tengah) bersama Khairul (kiri) menyerahka­n replika simbolik bantuan rumah kepada penerima bantuan, Che Embon Hassan.
JAMIL (tengah) bersama Khairul (kiri) menyerahka­n replika simbolik bantuan rumah kepada penerima bantuan, Che Embon Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia