Harian Metro

BATANG BESI TERJOJOL DI KEPALA

- Agensi

Seorang lelaki nyaris hilang nyawa apabila batang besi tertusuk dari dahi ke sisi telinganya selepas keretanya bertembung lori, minggu lalu.

Kemalangan berlaku ketika Ullas Kumar, 29, memandu ke lapangan terbang bersama rakan untuk mengambil abangnya.

Pemandu lori berkenaan terbunuh di tempat kejadian, manakala Kumar parah selepas kepalanya ditusuk batang besi dari penyandar kepala tempat duduk keretanya.

Doktor melakukan pembedahan selama empat jam untuk mengeluark­an batang besi berkenaan dan Kumar kini beransur pulih, malah penglihata­nnya juga tidak terjejas.

“Kereta saya bertembung lori dan akibat rempuhan, penyandar kepala tempat duduk menembusi kepala.

“Memang ajaib kerana saya langsung tidak menyangka mampu sembuh secepat ini. Benar-benar terasa seperti dilahirkan semula,” katanya.

Sementara itu, Dr Noufal Basheer berkata, mangsa bernasib baik.

“Orang ramai takut membantuny­a, namun seorang pemuda membawanya ke hospital.

“Pemuda itu juga bijak, tidak cuba mengeluark­an batang besi itu kerana memahami perbuatan seperti itu berbahaya,” katanya.

 Lelaki nyaris maut batang besi penyandar tempat duduk kereta tertusuk di kepala

 ??  ?? KEADAAN Kumar yang kepalanya tertusuk besi penyandar tempat duduk kereta. - Agensi
KEADAAN Kumar yang kepalanya tertusuk besi penyandar tempat duduk kereta. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia