Harian Metro

Bawa kepala ibu serah diri

-

Seorang lelaki membawa kepala ibunya ketika menyerah diri kepada polis selepas membunuh wanita itu ketika mereka bertengkar berhubung harta di Tamil Nadu.

Hindustan Times melaporkan, lelaki berusia 30 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Anand bertengkar dengan ibunya pada pagi Ahad.

Pertengkar­an dipercayai berhubung isu harta yang akhirnya melarat sehingga Anand memenggal kepala wanita malang itu menggunaka­n senjata tajam.

Menurut Times Of India, dia kemudian berjalan ke balai polis sambil membawa kepala ibunya itu untuk menyerah diri pada petang hari yang sama.

Sementara itu, NDTV memetik polis berkata, mangsa pernah didakwa membunuh suaminya 10 tahun lalu, namun dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia