Harian Metro

Tak mahu tertekan

Jun Hao tekad pamer aksi terbaik di Hanoi

- Ferzalfie Fauzi ferzalfien@nstp.com.my

Perseorang­an lelaki negara, Leong Jun Hao tidak mahu dibuai mimpi dengan permulaan cemerlang tahun ini apabila sentiasa merendah diri dan berwaspada terutama menjelang kejohanan Cabaran Antarabang­sa Vietnam minggu ini.

Jun Hao yang sebelum ini cemerlang pada Masters Thailand dan Terbuka Austria mengakui dia melakukan persiapan seperti biasa dan tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan di Hanoi itu.

“Saya hanya mahu buat yang terbaik dalam setiap perlawanan supaya meraih keputusan cemerlang,” katanya yang sebelum ini muncul naib juara Masters Thailand.

Jun Hao yang menduduki ranking ke-104 dunia, tidak mahu terlalu memikirkan aksi cemerlangn­ya musim ini termasuk berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Austria.

“Saya tidak mahu fikir untuk mengulangi pencapaian pada dua kejohanan awal tahun ini. Ia mungkin memberi tekanan kepada diri saya sendiri,” kata juara remaja Asia 2017 itu.

Bagaimanap­un, Jun Hao mengakui dia banyak belajar daripada pemain senior selepas mengikuti pasukan beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar bulan lalu.

“Setidak-tidaknya saya berjaya mempelajar­i sesuatu walaupun hanya hadir sebagai pemerhati pada kelayakan Piala Thomas baru-baru ini. Saya dapat rasa sendiri bagaimana permainan berpasukan sebenar.

“Saya juga merasai tekanan seperti pemain lain terutama ketika melihat mereka beraksi di gelanggang,” kata naib juara remaja dunia 2017 itu.

Jun Hao juga mengakui tidak mahu memikirkan mengenai peluangnya untuk disenaraik­an dalam skuad Piala Thomas Mei depan walaupun dalam kalangan komuniti badminton ramai yang berpendapa­t dia perlu diberi peluang.

“Saya tidak mahu memikirkan mengenai Piala Thomas, selain itu senarai nama pemain juga masih belum keluar. Jadi tugas saya adalah beraksi cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini,” kata pemain dari Kuala Lumpur berusia 19 tahun itu.

Esok, Jun Hao akan berdepan Noppanai Singrueang dari Thailand pada pusingan

Saya tidak mahu fikir untuk mengulangi pencapaian pada dua kejohanan awal tahun ini. Ia mungkin memberi tekanan kepada diri saya sendiri”

Leong Jun Hao

pertama Cabaran Antarabang­sa Vietnam, manakala seorang lagi wakil perseorang­an lelaki negara, Lim Chi Wing akan berentap dengan Saputra Vicky Angga dari Indonesia.

Turut mengambil bahagian Tan Jia Wei, Cheam June Wei, Chong Yee Han, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.

 ??  ?? AKSI Jun Hao pada Celcom Axiata National Championsh­ips 2018 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebelum ini.
AKSI Jun Hao pada Celcom Axiata National Championsh­ips 2018 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia