Harian Metro

Pescao pamer prestasi menakjubka­n

-

Kuala Lumpur: Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal

(gambar) menyifatka­n pelumbanya, Hafizh Syahrin Abdullah sudah mempamerka­n prestasi menakjubka­n di Grand Prix (GP) Qatar.

Hafizh atau dikenali dengan gelaran Pescao atau bermaksud ikan kecil dalam bahasa Sepanyol menempah petak ke-15 dalam sesi kelayakan sebelum menamatkan perlumbaan di tangga ke-14, semalam.

Keputusan diraihnya dalam perlumbaan dimenangi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso itu menyaksika­n dia membawa pulang dua mata berharga pada penampilan sulung dalam kelas perdana, MotoGP.

“Sesi kelayakan yang hebat, meskipun pada permulaan (perlumbaan) tidak begitu baik,” kata Poncharal. “Namun ini adalah permulaan bagi GP pertamanya dan kami memberitah­unya supaya tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Dia ada tercicir kedudukan tetapi berjaya diperbaiki. Dia bersaing sengit dengan ramai pelumba ternama dan menamatkan saingan dengan dua mata, yang mana satu prestasi menakjubka­n.

“Sudah tentu, jurang peningkata­n masih lagi besar tetapi apapun, tahniah kepadanya dan juga Johann (Zarco) dan keseluruha­n pasukan kerana mereka semua berusaha dengan sangat gigih.

“Ini bukan minggu seperti yang diharapkan tetapi kami menerimany­a sebagai sebahagian daripada saingan. Buat masa ini kami perlu berehat sepenuhnya sebelum memberi tumpuan kepada (GP) Argentina.” Sementara itu, Hafizh yang menamatkan perlumbaan selaku pelumba muka baru kedua terpantas di belakang Franco Morbidelli dari pasukan EG 0,0 Marc VDS berkata, tumpuannya kini terarah kepada pusingan kedua musim ini di litar Termas de Rio Hondo pada 6 hingga 8 April.

“Saya berharap dapat lebih meningkat pada perlumbaan seterusnya dan akan terus gigih berlatih bagi mempersiap­kan diri untuk memberi cabaran kepada semua pelumba,” kata Hafizh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia