Harian Metro

McIlroy julang kejohanan Jemputan Arnold Palmer

-

dan pemenang kejuaraan utama Tiger Woods, Justin Rose dan Henrik Stenson dengan permainan putting mengagumka­n di green Bay Hill.

“Terlalu bagus melihat setiap perkara menjadi akhirnya,” kata McIlroy. “Saya tidak terlalu jauh. Memerlukan sesuatu untuk berada dalam kedudukan memburu kejuaraan. Sesuatu yang jelas menjadi dengan pukulan putt saya sebenarnya.”

McIlroy mencatat lapan bawah par 64 untuk mengakhiri 72 lubang dengan 18 bawah par 270, sekali gus mengalahka­n DeChambeau dengan tiga pukulan.

“Saya hanya berbangga dengan diri sendiri untuk berjuang di luar sana selepas apa yang berlaku beberapa bulan lalu dengan masalah kecederaan dan perkara lain,” kata McIlroy. “Untuk meraih kejuaraan PGA pertama saya dalam tempoh yang saya sendiri sudah lupa, ia berasa terlalu hebat.”

Pemain berusia 28 tahun dari Ireland Utara itu merangkul kejuaraan Jelajah PGA AS ke-14, yang pertama sejak Kejuaraan Jelajah 2016 dan memberi petanda dia menjadi ancaman utama untuk melengkapk­an karier Grand Slam dengan memenangi Masters AS yang berlangsun­g tiga minggu lagi.

McIlroy tidak menang sejak hari Palmer meninggal dunia pada 2016, namun tampil penuh bergaya di lapangan yang mana Palmer sering kali menyambut pemenang ketika mereka keluar dari green lubang ke-18. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia