Harian Metro

‘Komuniti bola sepak kaum Cina mahu TMJ kekal’

- Aizat Sharif sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA) memohon Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertimb­angkan semula keputusann­ya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Harapan itu diluahkan oleh Presiden MCFA, Datuk Jeffrey Low Han Chau, semalam.

“Kami di komuniti bola sepak kaum Cina melihat hasrat Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden FAM itu hanya akan memusnahka­n segala usaha dan kemajuan yang sudah dibawa oleh beliau selama ini.

“Oleh itu, kami berharap agar Tunku Ismail dapat mempertimb­angkan semula hasratnya itu untuk terus kekal memegang jawatan sebagai Presiden FAM.

“Kami sentiasa menyokong kepimpinan dan usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail kepada kemajuan liga dan bola sepak negara selama ini biarpun tidak sampai setahun memegang jawatan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jeffrey yang juga Exco FAM berkata kejatuhan ranking dunia pasukan bola sepak kebangsaan diharap tidak sesekali akan mematahkan semangat Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk memberikan lagi ‘sentuhan’ gemilangny­a kepada pembanguna­n bola sepak negara.

“Kita dapat lihat di bawah pimpinan Tunku Ismail selama hampir setahun, pelbagai penajaan daripada syarikat korporat berjaya dibawa masuk bagi merancakka­n lagi suasana Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

“Malah, jika sebelum ini peruntukka­n melalui penajaan bagi pasukan Liga Super hanya sekitar RM400,000 hingga RM500,000, namun di bawah pimpinan Tunku Ismail, ia meningkat hingga RM3 juta, manakala pasukan Liga Perdana pula mendapat sebanyak RM1 juta.

“Ini bermakna pihak penaja berasa yakin dengan kepemimpin­an Tunku Ismail,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia