Harian Metro

Pekerja hilang tempat berteduh

-

Sebuah rumah pekerja di Jalan Nabawan berhampira­n Simpang Empat Durok, di sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Jaree Mohamad berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu, jam 7.44 malam.

Beliau berkata, susulan kejadian, tiga jentera dengan kekuatan seramai 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, bangunan itu didiami pekerja kedai tayar dan daripada tiga bilik yang terbakar, dua daripadany­a berpenghun­i.

“Salah seorang penghuni menyedari kebakaran selepas terlihat percikan api di dinding.

“Dia kemudian mengejutka­n rakannya yang sedang tidur di bilik sebelah sebelum mereka bergegas menyelamat­kan diri,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Jaree berkata, operasi memadam kebakaran segera dilakukan sebelum api berjaya dikawal jam 8.18 malam.

Beliau berkata, operasi berjalan lancar sebelum ditamatkan kira-kira 10 minit kemudian.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah pekerja yang terbakar di Simpang Empat Durok, Jalan Nabawan, Keningau.
KEADAAN rumah pekerja yang terbakar di Simpang Empat Durok, Jalan Nabawan, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia