Harian Metro

Kuantan:

-

Adakah Bukit Mengapur di Maran yang terbina daripada fosil cengkerang, hidupan laut dan terumbu karang berusia ratusan juta tahun akan musnah bagi memberi laluan untuk industri?

Itu persoalan dibangkitk­an Ahli Geologi dan Palaentolo­gi di Institut Geologi Malaysia (IGM), Ahmad Rosli Othman P Geol yang mahu kerajaan memelihara geotapak bersejarah berkenaan untuk tatapan generasi masa depan bagi tujuan geopelanco­ngan, rekreasi dan penyelidik­an saintifik.

Difahamkan, ada pihak mengemukak­an permohonan meneroka kawasan itu dan kini dalam proses mendapatka­n ulasan teknikal daripada jabatan kerajaan bagi mendapat kebenaran pajakan.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan sama ada ia untuk perlombong­an mineral, kuari atau kilang simen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia